Program Perpaduan #Komunitiprihatin Anjuran Krt Ppr Intan Baiduri Dengan Kerjasama Pusat Internet

27 September 2020 | Aktiviti Terkini

Program Perpaduan telah berjaya diadakan pada 26 September 2020(Sabtu) bertempat di Dataran Dewan komuniti PPR Intan Baiduri. Program ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Intan Baiduri dengan kerjasama Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet PPR Intan Baiduri untuk menarik minat komuniti setempat menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet. Antara aktiviti yang diadakan Bengkel Asas Shopee, Rapid Typing, Kuiz Advokasi, dan sebagainya. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang penggunaan komputer dan internet dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali